Tuesday, 3 January 2012

andai itu takdirmu ..

Hii ,lately ramai sangat remaja yang nikah awal kan .bukan trend sebenarnya tapi itulah realiti yang mungkin pahit untuk di lalui oleh mereka .saye tak perasan pun hal ni sebenarnya , just when my friend inform me then saye renungkan .memang betul pun .soalnya sekarang , apakah itu jalan yang terbaik untuk mereka yang di paksa untuk memikul tanggungjawab sebegitu besar ? apakah mereka yang masih memiliki jiwa remaja bersiap sedia dengan pelbagai cubaan dan dugaan dalam berumahtangga ? namun Dia telah menjanjikan bahawa setiap manusia itu diuji sesuai dengan keupayaannya .mungkin nikah awal itu jalan yang terbaik untuk menghindari maksiat ,zina dan anak luar nikah .ya mungkin itu satu kebaikan .tapi dari sudut lain ,apakah mereka benar  benar sedia ?agh sukar untuk saye membuat andaian sendiri kerana bukan saye yang alami .



mungkin ada yang terpaksa nikah awal kerana terpaksa .ya siapa tahu .mungkin dengan memakai uniform sekolah sudah ada yang mendapat gelaran isteri ,mungkin ada yang masih tercari cari erti kehidupan sesudah menjadi ibu ,mungkin juga ada yang masih ingin menikmati nikmat kehidupan remaja namun sudah perlu menjadi seorang yang penuh dengan tanggungjawab .tapi ingat , rencana Allah tak siapa yang tahu kan (: pasti itu jalan yang terbaik buat kalian .namun terkadang muncul di kotak fikiran saye ,apakah zaman millenium ini masih ada ibu bapa yang sanggup menggadai anak mereka semata mata untuk mendapatkan kemewahan ?pasti perit sekali perasaan itu .



para muslimah sekalian , menjadi isteri itu memerlukan satu pengorbanan yang besar , memerlukan satu revolusi sikap .penuh tanggungjawab ,penuh komitmen ,penuh dengan sikap sikap mahmudah agar rumahtangga yang di bina tidak goyah .peliharalah masjid yang telah kau bina walaupun tanpa rela .kau harus merelakan segalanya sebaik sahaja ijab kabul itu selesai .mungkin kau terpaksa berkahwin dengan seseorang walhal kau telah punyai kekasih hati .itu yang di namakan takdir .sudah tertulis di Luh Mahfuz siapa jodoh kau yang sebenarnya dan janganlah kau salahkan takdir kerana Dia telah menetapkan siapa yang terbaik untukmu sejak azali lagi .



gadisku , sebaik saja kau di ijab kabul , kau lupakanlah yang lama .lupakanlah kekasih lama , bekas tunang atau siapa saja yang masih ada di ruangan hatimu .kau bukakan lah pintu hatimu untuk insan yang bakal hidup bersamamu sehingga hujung nyawa nanti ,insyaAllah .kau harus berjaya mencintai suamimu kelak kerana syurgamu berada di bawah telapak kaki suamimu .ingatlah jangan pernah kau melukakan hati suamimu kelak dengan masih mengingati yang lalu .mulakan yang baru di mana hubungan mu itu telah mendapat restu Dia .hubungan perkahwinan merupakan satu satunya hubungan yang diredhai .janganlah kau menyesali takdir .jadilah isteri solehah walaupun usia kau masih muda , buktikan .insyaAllah kau berjaya laluinya .

  'Redha itu ikhlas ,pasrah itu menyerah'

No comments:

Post a Comment