Sunday, 29 January 2012

ubahlah perangaimu wahai muslimin .

hii .

semakin banyak masalah yang kita hadapi , semakin matang kita .kadang kita rasa telah memberikan semuanya untuk si dia .kadang kita rasa kita lah yang terbaik untuknya .namun siapa sangka , kepercayaan kita itu akan di hancurkan sekelip mata sahaja .dan di sini saya bercakap pasal keCURANGan .ramai orang di dunia ini yang menjadi mangsa , dan ada juga yang merupakan pemangsa .ada yang berlaku curang dan ada juga yang menerima akibatnya .



tapi dalam banyak situasi , yang paling kronik adalah situasi di mana si suami berlaku curang .wahai insan yang bergelar lelaki , tidakkah kau fikir betapa banyaknya pengorbanan si isteri untukmu .pernahkah kau bayangkan si isteri yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriat kau , tanda cintanya padamu .mengapa kau sanggup menduakannya ? adakah pada pandangan mata kau , dia tidak sempurna lagi ?



kebanyakannye , suami yang curang langsung tidak memikirkan soal anak-anak .ibu itu penuh dengan kasih sayang .sanggupkah kau melihat anak-anakmu yang masih kecil tertekan melihat kau yang selalu memikirkan wanita lain selain ibunya ? tidakkah kau fikir perasaan anak kecil itu tatkala melihat ibunya sering menangis memikirkan nasib mereka .



di mana letaknya tanggungjawap kau yang sebenarnya .melihat berita sebegini di akhbar dan yang berlaku sekelilingku kadang membuatkan ku mengalirkan air mata .beginikah nasib kaum hawa yang lemah yang sepatutnya mendapat lindungan daripada kaum Adam ?tidakkah kau puas dengan isterimu yang sedia ada wahai lelaki .andai niat mu kerana Allah ,pasti di redhai .namun jika kau langsung tidak berlaku adil , kau jawaplah sendiri .



tidakkah kau sedar yang mana kaca yang mana permata ?

No comments:

Post a Comment