Bismillahirahmanirrahim ..
Hari ini masih bukan rezeki . Usah bersedih wahai pejuang ! Walau nukilanku tiada yang baca , namun aku tetap ingin memujuk hati-hati para mujahid , hati-hati para ulamak dan juga hati-hati yang memperjuangkan agama Allah sekalian . Aku tidak berpihak kepada mana-mana . Namun pandangan hati aku tidak kabur walau pandangan mata aku dikaburi , kadang-kadang .
Mengapa ? Apa yang kau perlu ? Bagaimana mahu mentadbir rakyat yang berjuta-juta jika seorang isteri pun tidak mampu kau pimpin ? Golongan seperti itu kah yang kau percaya dan yakin mampu mentadbir negara ini ? Aku tidak membantah . Aku juga tidak kisah siapa yang menjadi orang yang ingin aku hormati selagi dia tau menghormati orang lain . Selagi dia perjuangkan apa yang benar itu benar . Walau siapa pun dia , aku akan sokong .
Aku tidak layak bercakap pasal isu ini .tapi aku turut merasa kesedihan dan kedukaan hati-hati mereka . Mereka yang inginkan Islam . Perjuangkanlah Islam wahai sahabat , bukan Melayu . Walau aku jauh dari mereka , namun Ya Allah hati aku turut pedih bilamana Islam masih tidak menang . Aku ulang . Bukan kalah , cuma masih tidak menang dan aku yakin , pasti akan menang !
Maafkan aku jika tulisan ini mengguris hati . Cuma dalam hati kecilku , aku merasa .aku mahu meluah .aku bersama pejuang-pejuang Islam . Wahai para pejuang , usahlah bersedih . Dalam perjuangan , kita tak semestinya menang . Mungkin Allah mahu generasi baru yang sambung perjuangan kita . Dalam perjuangan yang benar kerana Allah , kita harapkan redha Allah . Allah bersama kita , Allah Mendengar kita dan Allah pasti akan menyokong kita .
Hati manusia ini senang tewas dengan dunia , hatta hati aku juga . Bagaimana Allah menarik ilmu dari manusia ? adalah dengan mematikan para ulamak . Dan pada ketika itu , orang yang zalim akan di angkat menjadi pemimpin dan menghalalkan apa yang haram . Ya Allah , tunjukkanlah yang benar itu benar . Mungkin Allah masih nak para pejuangnya memantapkan iman , menguatkan akidah .
Ya Allah , menitis airmataku dengan kata-kata beliau . Begitu sekali tarbiah beliau . Tidak sedikitpun mengeluh . Tidak sedikitpun memaki . Tidak sedikitpun mengungkapkan kata sedih dan kecewa . Walaupun dalam hati pasti sedang bersedih , namun beliau tetap menenangkan para pejuang . Teringatku akan kisah Bilal yang selalu menenangkan Baginda Rasulullah .
Ya Allah , baru kali ini , hati ku tersentuh melihat perjuangan islam Ya Rabb . Baru kali ini , hati aku seakan bersama mereka juga walaupun aku jauh . Baru kali ini juga , hati aku menangis bersama para pejuang islam Ya Tuhanku (': Sedih bilamana ulamak tidak dapat kuasa untuk menjadi pengantara untuk memimpin kami semua . Sedih bilamana ulamak tidak mendapat tempat yang sepatutnya .
"Walau perjuangan kita benar ,tetapi kalau tidak ikhlas ,tidak beradab , dan tidak taat , maka Allah tangguhkan lagi kemenangan"- Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang .
Ya Allah , menitis airmataku dengan kata-kata beliau . Begitu sekali tarbiah beliau . Tidak sedikitpun mengeluh . Tidak sedikitpun memaki . Tidak sedikitpun mengungkapkan kata sedih dan kecewa . Walaupun dalam hati pasti sedang bersedih , namun beliau tetap menenangkan para pejuang . Teringatku akan kisah Bilal yang selalu menenangkan Baginda Rasulullah .
Ya Allah , baru kali ini , hati ku tersentuh melihat perjuangan islam Ya Rabb . Baru kali ini , hati aku seakan bersama mereka juga walaupun aku jauh . Baru kali ini juga , hati aku menangis bersama para pejuang islam Ya Tuhanku (': Sedih bilamana ulamak tidak dapat kuasa untuk menjadi pengantara untuk memimpin kami semua . Sedih bilamana ulamak tidak mendapat tempat yang sepatutnya .
"Ya Allah , Kau Maha Mengetahui . Kau pimpinlah kami andai perjuangan kami ini masih belum mantap Ya Rabb . Ya Allah , Kau Maha Adil . Kau bantulah kami dalam perjuangan Mu ini Ya Tuhanku (": "
"Usah bersedih para pejuang , kita bukan kalah , kita cuma belum menang !!!"
No comments:
Post a Comment